Air mata ayah..Irfan anak Exco Kedah dan rakan maut 4wd rempuh pokok (10Gambar)

Changlun : Irfan Aminuddin,20,merupakan lelaki Exco Kedah maut selepas 4WD dinaiki terbabas dan melanggar pokok di KM12.7 lebuh raya PLUS, Changlun, dekat Kampung Bendang Perang, petang tadi.

Datuk Aminuddin Omar merupakan Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan Kedah.

Datuk Aminuddin tiba ditempat kejadian suasana hiba sebak sambil menekup muka melihat jasad anak lelaki nya Irfan dan rakan nya di bawa keluar dari 4wd oleh pihak penyelamat.

Allahyarham Irfan duduk di kerusi depan penumpang, manakala rakan nya Wan Khuzairi Wan Cik, 27, memandu 4wd tersebut dia juga turut maut dalam kemalangan pada kira-kira 4 petang itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 4.30 petang.

Menurutnya, seorang pegawai dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, mereka mendapati Toyota Hilux remuk teruk selepas melanggar pokok.

“Anggota bomba kemudian mengeluarkan mangsa yang tersepit namun mereka disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Semoga yang berbahagia Datuk tabah dengan dugaan ini kehilangan insan tersayang begitu juga pada keluarga rakan nya.

Rakan Irfan Wan Khuzairi merupakan jurujual kereta dan amat dikenali kerana mempunyai ramai kawan dan rakan perniagaan. Al fatihah